Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "
Rasulullah s.a.w.
bersabda : "Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali,
kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan
menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang
membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia
akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."
Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?" Sabda Rasulullah s.a.w., " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."
Umat-umat
dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan
itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai
umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh
Allah s.w.t. dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Quran,
hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang
terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak
melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.
Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah
s.a.w. kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah
s.a.w. menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat
ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini
adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan
kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala. Begitu juga dengan
surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang
mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan
yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun
keraguan tentang ayat-ayat al-Quran, hadis Rasulullah s.a.w. dan sunnah
Baginda s.a.w. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan
laknatullah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar