Saudaraku Keturunan Alawiyyin
Bismillahi Rohmanir Rahim
Dalam kitab suci Al-Quran Al-Karim Allah swt telah berfirman:
“Sesungguhnya
  Allah bermaksud hendak menghilangkan noda-dosa dari kamu wahai Ahlul  
Bait, dan mensucikan kamu sesuci-sucinya” (Al-Ahzab: 33)
Dan dari riwayat Umar bin Khattab r.a ia mengatakan, bahawa aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Setiap
  sebab (penyebab pertalian keturunan) mahupun nasab (pengikat garis  
keturunan) akan terputus pada hari kiamat, kecuali sebab dan nasabku,  
dan setiap keturunan dinisbatkan kepada pengikat keturunannya yakni ayah
  mereka, kecuali putera-putera Fatimah, maka sesungguhnya akulah ayah  
mereka dan tali pengikat keturunan mereka” (Hadis riwayat Al-Baihaqi,  
Al-Thabrani dll)
Juga Imam Al-Hakim dalam kitabnya Al-Mustadrak mengeluarkan sebuah hadits riwayat sahabat Jabir, bahwa Rasulullah saw bersabda:
“Bagi
  setiap keturunan dari seorang Ibu ada pengikat keturunannya, kecuali  
putera Fatimah, akulah wali mereka dan tali pengikat keturunan mereka”.
Saudaraku Keturunan Alawiyyin
Wahai Alawi…
Sesungguhnya
  nasab anda yang mulia dan memberikan kehormatan pada anda oleh adanya 
 hubungan kekeluargaan anda dengan Rasul Yang Agung Muhammad saw melalui
  Fatimah Az-Zahra dan Imam Ali Al-Murtadha (Yang ditinggikan Allah swt 
 martabat dan kedudukannya).
Hendaknya dapat 
menjadi  pendorong bagi anda untuk senantiasa berteladan kepada mereka, 
berjalan  lurus mengikuti jalan hidup mereka, berakhlaq seperti akhlaq 
mereka,  berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan ajaran-ajaran mereka 
dan  mengikuti jejak para Imam keturunan mereka, sehingga anda 
Insyaallah  dapat menjadi generasi penerus yang baik daripada generasi 
pendahulu.
Selanjutnya ketahuilah, bahawa nasab yang mulia ini menuntut anda untuk senantiasa:
Membuang jauh-jauh perasaan angkuh dan bangga diri.
Menjadikan TAQWA sebagai bekal hidup anda.
Menjadikan AL-QURAN sebagai pedoman dan tuntutan dalam kehidupan anda.
Menjadikan para SHALIHIN pendahulu anda sebagai panutan
BIOGRAFI DAN MAKSUD MASING-MASING LELUHUR ALAWIYYIN
Penjelasan:
Nara Sumber Biografi masing-masing Leluhur Alawiyyin adalah:
Kitab “Silsilah Al-Junid” oleh Al-Allamah Assayid Ali bin Muhammad Al-Junid.
Kitab “Syamsyuddahirah” oleh Al-Allamah Assayid Abdurrahman bin Muhammad bin Husein Al-Masyur.
Kitab “Khidmatul – Asyirah” oleh Al-Allamah Assayid Ahmad bin Abdullah Asseggaf.
Nara Sumber Gelar (julukan) masing-masing Alawiyyin adalah:
Kitab “Al-Mu’Jamul Lathif” oleh Al-Allamah Assayid Muhammad bin Ahmad bin Umar Al-Sya’thiriy.
Risalah
  kecil ini adalah usaha seorang insan kerdil untuk memberi sedikit  
maklumat mengenai Ba 'Alawi.lni ialah kerana ramai keturunan Ba 'Alawi  
dewasa ini yang mempunyai sedikit sekali, malah ada yang langsung tiada 
 mempunyai pengetahuan, mengenai asal usul mereka. Saya amat berharap  
bahawa risalah yang cetek ini dapat menyingkap serba sedikit tentang  
asal usul Ba 'Alawi, serta menaruh harapan agar ia dapat mencetuskan  
minat lalu mendorong golongan Sadah daripada keturunan Ba 'Alawi untuk  
mengenali susur galur mereka secara lebih dekat lagi. Alangkah baiknya  
kalau risalah inidapat disebar luas bagi menemui seramai keturunan Alawi
  yang mungkin. Semoga usaha ini diberkati Allah swt - Jaafar bin Abu  
Bakar AI 'Aydarus.
Ba 'Alawi - Siapakah Mereka ?
Ba
  'Alawi ialah gelaran yang diberi kepada mereka yang bersusur-galur  
daripada Alawi bin Ubaidullah bin Ahmad bin Isa Al-Muhajir Ahmad bin Isa
  Al-Muhajir (01) telah meninggalkan Basrah di Iraq bersama keluarga dan
  pengikut-pengikutnya pada tahun 317H/929M untuk berhijrah ke 
Hadhramaut  di Yaman Selatan. Cucu Ahmad bin Isa yang bernama Alawi, 
merupakan orang  pertama yang dilahirkan di Hadralmaut. Oleh itu 
anak-cucu Alawi digelar  Ba 'Alawi (02), yang bermakna Keturunan Alawi. 
Panggilan Ba 'Alawi juga  ialah bertujuan memisahkan kumpulan keluarga 
ini daripada cabang-cabang  keluarga yang lain yang berketurunan 
daripada Nabi Muhammad s.a.w. Ba  'Alawi juga dikenali dengan kata-nama 
Saiyid (Sadah bagi bilangan lebih  daripada seorang). Keluarga yang 
bermula di Hadhramaut ini, telah  berkembang dan membiak, dan pada hari 
ini ramai di antara mereka menetap  disegenap pelusuk Nusantara, India 
dan Afrika.
Ahmad bin Isa Al-Muhajir Ilallah
Dalam
  abad ke-10 Masehi, keadaan huru-hara mula menyelubungi dan menggugat  
empayar Abbasiyah yang berpusat di Iraq itu. Kerajaan tersebut kian  
bergolak menuju keambang keruntuhan. Kewibawaan Abbasiyah semakin  
terancam dengan berlakunya pemberontakan demi pemberontakan dan ini  
menjejaskan ketenteraman awam. Keadaan sebegini telah membawa padah  
kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w yang dikenali dengan gelaran Sadah 
 itu. Pada umumnya ummt Islam menghormati serta menaruh perasaan kasih  
sayang terhadap Sadah. lni bukan semata-mata kerana mereka ini keturunan
  Nabi Muhammad s.a.w, tetapi juga kerana mereka melambang pekerti yang 
 luhur, keilmuan yang tinggi dan wara' . Kedudukan yang istimewa dimata 
 umat Islam ini telah menimbulkan perasaan cemburu dan syak wasangka  
terhadap Sadah dikalangan pemerintah. Mereka juga khuatir kalau-kalau  
Sadah akan menggugat dan merebut kuasa daripada kerajaan Abbasiyah.
Dengan
  tercetusnya pemeberontakan demi pemberontakan terhadap pemerintah,  
kewibawaan Abbasiyah pun menjadi semakin tercabar dan lemah. Keadaan ini
  juga turut mengancam kedudukan golongan Sadah, kerana mereka sering  
dikaitkan dengan setiap kekacauan yang tercetus. Dari masa ke masa  
golongan Sadah menjadi sasaran pemerintah. Ramai diantara mereka yang  
ditangkap dan dibunuh berdasarkan apa saja alasan .Namun majoriti Sadah 
 bersikap sabar dan menjauhkan diri dari kelompok yang menimbulkan  
kekacauan. Daripada pengalaman yang lalu golongan tersebut yakin bahawa 
 penglibatan diri di dalam politik akan berakhir dengan kekecewaan.
Ahmad
  bin Isa al-Muhajir meninggalkan Kota Basrah bersama seramai 70 orang, 
 yang terdiri dari ah1i-ah1i keluarga dan pengikut-pengikut beliau. Pada
  mulanya kumpulan AlMuhajir ini pergi ke Madinatul Munawwarah dan 
tinggal  di sana selama setahun. Pada tahun berikutnya setelah 
menunaikan fardhu  Haji, Ahmad bin Isa Al-Muhajir dan rombongan 
meninggalkan Kota Madinah  menuju ke Yaman. Mereka singgah di Al Jubail 
di Lembah Dau'an, kemudian  di Al-Hajrain, dan seterusnya menetap di 
suatu tempat ,yang bemama Al  Husaisah (03). Ahmad bin Isa Al Muhajir 
Ilallah wafat pada tahun  345.H/956 M.
Permulaan di Hadhralmaut
Ahmad
 bin  Isa rnemilih Hadhramaut untuk berhijrah, rneskipun Hadhramaut 
rnerupakan  suatu kawasan tandus dan kering kontang di Selatan Yaman. 
Kawasan  tersebut pada zaman itu, dikatakan terputus daripada dunia 
luar.  Tentunya banyak persoalan yang timbul tentang mengapa Ahmad bin 
Isa  memilih kawasan sebegini untuk berhijrah. Pada zahimya, pemilihan  
kawasan tersebut mungkin didorong oleh hasrat beliau untuk hidup di  
dalam keadaan aman bersama keluarga dan pengikutnya, atau keazaman  
beliau untuk membina sekelompok masyarakat baru di suatu kawasan baru  
bersesesuaian dengan kehendak syiar Islam yang didokongi oleh golongan  
Sadah selama ini. Akan tetapi sebelum sampai ke Hadhramaut Ahmad bin Isa
  dan rornbongan terlebih dahulu berada di Madinah, tempat yang tenang  
dan aman lagi sesuai bagi tujuan beribadah dan membina ummah. Namun  
daripada Madinah beliau dan rombongan bertolak ke Al-Husaisah. Malah di 
 Al-Husaisah Ahmad bin Isa telah pun membeli kebun buah-buahan yang 
luas.  Akan tetapi pada akhirnya beliau memilih Hadhramaut sebagai 
tempat  berhijrah. Sebagai seorang Imam Mujtahid mungkin keputusan yang 
dibuat  beliau itu didorong oleh perkara yang diluar pengetahuan kita,  
Wallahualam.
Penghijrahan Ahmad bin Isa A1 Muhajir
 ke  Hadhramaut bukanlah bermakna berakhirnya ranjau dan rintangan. Di 
awa1  penghijrahan beliau, Alhmad bin Isa Al-Muhajir, bersua dengan 
ancaman  daripada golongan Mazhab Ibhadiah (04) yang mernpengaruhi 
kawasan  tersebut. Namun setelah gagal untuk mencapai persefahaman dan 
perdamaian  dengan pihak Ibhadiah, Ahmad bin Isa A1-Muhajir terpaksa 
mengangkat  senjata menentang mereka. Berbanding dengan kaum Ibhadiah, 
bilangan  pengikut Ahmad bin Isa Al-Muhajir adalah kecil. Akan tetapi 
semangat  kental dan kecekalan, yang ditunjukkan oleh Al-Muhajir dalam 
rnenentang  kaum Ibhadiah ini telah menarik perhatian dan simpati 
penduduk-penduduk  Jubail dan Wadi Dau'an yang bertindak rnenyokong 
Al-Muhajir. Dengan  sokongan penduduk-penduduk tersebut kaum Ibhadiah 
dapat di singkirkan  dari bumi Hadramaut.
Cara 
hidup yang dianjurkan oleh Ahmad  bin Isa Al-Muhajir, iaitu kehidupan 
harian yang berdasarkan A1 Qur'an  dan Sunnah itu, senang -diterima oleh
 masyarakat ternpatan. Lambat laun  cara ini rnenjadi norma hidup di 
dalam rnasyarakat tempatan. Malah  beberapa tokoh terkemuka di kalangan 
Ba' Alawi yang menjalani hidup  sepertimana para sahabat di zaman 
Rasulullah s.a.w, mempunyai pengaruh  yang positif ke atas masyarakat 
Hadhramaut. Tokoh-tokoh berkenaan lebih  dikenali dengan panggilan 
Salaf. (05)
Walaupun persekitaran  baru mereka 
masih tidak sunyi dengan keadaan huru-hara, masyarakat Ba'  Alawi masih 
boleh menjalankan kehidupan yang aman tenteram. Sebenarnya  ini adalah 
sesuatu yang merupakan cara hidup yang lumrah bagi keturunan  Rasulullah
 s.a.w daripada Hassan dan Hussain. Mereka sentiasa dihormati  dan 
disanjung tinggi di seluruh pelusuk Dunia Islam, lebih-lebih lagi di  
Hadhramaut. Kehormatan yang diterima ini serba sedikit berpunca  
daripada amalan golongan Ba 'Alawi yang berjalan tanpa membawa sebarang 
 senjata, sepertimana yang dianjurkan oleh datuk mereka, Ahmad bin Isa  
Al-Muhajir. Tambahan pula golongan ini dihormati dan disanjung oleh  
kerana mereka merupakan golongan yang berilmu lagi wara'.
Apabila
  Ahmad bin Isa AI-Muhajir serta rombongan (seramai kurang lebih 70 
orang  ahli keluarga dan pengikut) meninggalkan Basrah , mereka membawa 
 bersama mereka harta kekayaan yang banyak. Dengan harta ini mereka 
dapat  memperolehi tanah yang luas yang digunakan untuk pertanian. Dan  
sewajarnyalah yang menjadi kegiatan utama golongan Ba 'Alawi di  
Hadhramaut ini ialah pertanian. Sementara itu mereka juga bebas untuk  
beribadah dan membina masyarakat berdasakan ajaran Al-Qur'an dan Sunnah.
Fasa Perkembangan Ba 'Alawi
Perasaan
  golongan Ba' Alawi terhadap kampung halaman mereka di Basrah masih 
kuat  dan menebal, walaupun mereka telah memilih untuk membina 
penghidupan  baru di Hadramaut. Oleh itu tidak hairanlan sekiranya 
didapati ramai  dikalangan Ba 'Alawi yang selalu berulang alik di antara
 Hadhramaut dan  Basrah untuk menziarahi sanak saudara yang masih berada
 di Basrah.  Hubungan diantara Ba 'Alawi dengan Basrah berterusan. Masa 
kini masih  terdapat keturunan saudara AlMuhajir, iaitu Muhammad bin Isa
 di sekitar  Basrah.
Salah suatu ciri hidup 
golongan Ba ' Alawi ialah  mereka ingin bebas bergerak dan tidak suka 
terkongkong di suatu daerah  sahaja. Tambahan pula, di tempat seperti 
Hadhramaut peluang untuk  mencari rezeki terlalu terhad. Ini menyebabkan
 individu mahupun kumpulan  Ba 'Alawi sanggup berpindah memulakan hidup 
ditempat-tempat yang lain  seperti Yaman, Syam (Syria), dan Iraq. 
Tambahan pula Hadhralmaut  merupakan tempat yang tidak mempunyai 
pemerintahan yang stabil, dan oleh  itu tidak sunyi daripada tercetusnya
 perbalahan dan pergaduhan di  antara kabilah-kabilah yang menjadi 
penghuni tetap di kawasan tersebut.
Sejarah  
perkembangan Ba 'Alawi, mengikut pandangan Sayid Ahmad bin Muhammad  
Assyathiri (06) boleh dibahagikan kepada empat fasa, setiap fasa  
mempunyai cirinya yang tersendiri. Perkembangan ini adalah bergolak di  
sekitar beberapa tokoh Ba 'Alawi, serta juga pengalaman jatuh bangunnya 
 mereka dalam menempuhi kehidupan yang sering berubah itu. Namun begitu,
  golongan Ba 'Alawi masih berpegang teguh kepada keperibadian mereka, 
dan  perkara yang mempegaruhi kecekalan golongan ini ialah istiqamah 
kepada  ajaran AlQur'an dan Sunnah. Fasa perkembangan Ba 'Alawi boleh 
dihuraikan  seperti berikut:
Fasa Pertama
Fasa
 ini bermula  dengan zaman Ahmad bin Isa Al-Muhajir dan berakhir dengan 
Al-Faqih  Muqaddam Muhammad bin Ali, (07) iaitu jangka masa di antara 
abad ke-3  hingga abad ke-7 Hijrah. Pada zaman tersebut pemimpin dan 
tokoh-tokoh Ba  'Alawi dikenali dengan gelaran Imam. Tokoh-tokoh pada 
masa itu digelar  dengan panggilan Imam Mujtahid, iaitu mereka yang 
tidak terikat dengan  mana-mana mazhab. Tokoh-tokoh terkemuka pada masa 
itu ialah keturunan  daripada Ubaidullah bin Ahmad bin Isa AlMuhajir, 
melalui 3 orang putera  beliau, iaitu Bashri, Jadid dan Alawi. Namun 
begitu, keturunan Bashri  dan Jadid tidak berhayat panjang. Mereka hanya
 dapat mempelopori dan  mengembangkan penyebaran ilmu hinggalah ke tahun
 620an H/1223M.  Keturunan Bashri dan Jadid yang terkemuka ialah Imam 
Salim bin Bashri  (wafat pada 604H/1208M) dan Imam Abu Hassan Ali bin 
Muhammad bin Jadid  (wafat pada 620H/1223M). Tradisi pengajian Ilmu, 
bagaimanapun di  teruskan oleh keturunan Alawi, dan yang lebih terkenal 
di antara mereka  ialah Imam Muhammad bin Ali bin Alawi. Beliau lebih 
dikenali dengan  gelaran Sahib Marbat (wafat pada 556H/1161M). Tradisi 
keilmuan, (08) ini  juga diteruskan oleh dua orang putera Sahib Marbat, 
iaitu Imam Alwi dan  Imam A1i, dan oleh putera Imam Ali, iaitu Al-Faqih 
Muqaddam Muhammad  bin Ali, serta tokoh-tokoh yang datang kemudian 
daripada mereka.
Fasa Ke-Dua
Zaman
  yang dikenali sebagai fasa ke-dua ialah di antara abad ke-7 hingga 
abad  ke-11 Hijrah. Pada zaman tersebut tokoh-tokoh Ba 'Alawi yang 
terkemuka  disebut dengan nama As-Syaikh. Zaman ini bertepatan dengan 
era Al-Faqih  Muqaddam Muhammad hingga ke zaman sebelum Habib Al-Qutub 
Abdullah bin  A1awi Al-Haddad. Di antara ulama-ulama yang terkemuka di 
zaman ini ialah  Al-Faqih Muqaddam Muhammad bin Ali (wafat pada 
653H/1255M), As-Saqqaf  (09) (wafat 819H/1416M), Al-Mahdar (10) (wafat 
833H/1429M), Al-'Aidarus  (11) (wafat 865H/1460M), dan Zain Al-Abidin 
Al-'Aidarus (12)  (l041H/1631M). Pada ketika tersebut bilangan Ba 'Alawi
 sudah menjadi  bertambah ramai dan mereka mulai dikenali dengan nama 
kabilah  masing-masing seperti As-Saqqaf, Al-Mahdar, Al-'Aidarus, 
Al-Habisyi,  Al-Junid, Jamalullail dan banyak lagi.
Fasa Ke-Tiga
Zaman
  yang dikenali sebagai fasa ke-tiga ialah di antara abad ke-11 dan abad
  ke-14 Hijrah. Pada zaman tersebut tokoh-tokoh Ba 'Alawi dikenali 
dengan  panggjlan Al-Habib. Ulama-ulama yang terkemuka pada zaman ini 
ialah  Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad (wafatI132H/1717M), Habib 
Ahmad bin  Zain Al-Habsyi, Habib Hassan bin Salleh Al-Bahr, dan Habib 
Abdurrrahman  Bilfagih (wafat 1163H/1749M) dan beberapa orang tokoh yang
 lain. Pada  masa ini juga keturunan keluarga Ba 'Alawi terus membiak. 
Keadaan ini  membawa kepada migrasi (perpindahan keluar) yang begitu 
pesat. Pada abad  ke-11 dan ke-12 berlaku penghijrahan ke India (13), 
Timur Jauh (Far  East), Afrika Timur dan Hijjaz, sementara di abad ke-13
 berlaku pula  penghijrahan ke Asia Tenggara (terutama ke Indonesia dan 
Malaysia). Kaum  Ba' Alawi mewarisi semangat suka merantau. Mereka juga 
tidak gemar diri  mereka terkongkong di suatu kawasan. Namun begitu Ba 
'Alawi juga  merupakan golongan yang senang menyesuaikan diri dengan 
penduduk  tempatan dimana sahaja mereka merantau. Akan tetapi, seberapa 
jauhnya  mereka daripada Hadhramaut, hubungan erat dengan kampung 
halaman induk  masih dikekalkan. Mereka yang menjalinkan perhubungan 
melalui  perkahwinan dengan penduduk tempatan dan masih menghantarkan 
anak-anak  mereka ke Hadhramaut, terutama ke Tarim, untuk menuntut ilmu 
secara  tradisi yang diasaskan oleh pelopor-pelopor Ba 'Alawi.
Perubahan Yang Ketara
Pada
  penghujung fasa ke-tiga didalam Sejarah Ba 'Alawi, perubahan ke arah  
kemunduran dikalangan Ba 'Alawi di seberang laut dapat dikesan. Walaupun
  tradisi pulang ke Hadhramaut untuk menziarahi keluarga masih 
diamalkan,  ramai pula di antara mereka yang telah bermastautin di India
 dan Asia  Tenggara, mula menampakkan proses asimilasi dengan masyarakat
 tempatan,  iaitu menerima dan menyerap budaya dan tradisi persekitaran.
 Sementara  golongan Ba 'Alawi pada mulanya menjauhkan diri daripada 
kegiatan  politik melainkan perkara-perkara yang menyentuh kebajikan dan
  ketenteraman umum, mereka yang terkemudian mula mencebur diri dengan  
politik. Ada di antara golongan Ba 'Alawi yang mempunyai hubungan rapat 
 dengan raja-raja dan penguasa tempatan, dan telah menggunakan pengaruh 
 mereka. Pernah diceritakan bahawa tokoh- tokoh Al-Mahdar, Al-'Aidarus, 
 Jamalullail dan A1Haddad, mempunyai hubungan yang intim dengan pihak  
istana, sehinggakan raja-raja. sentiasa merujuk kepada mereka untuk  
mendapat nasihat (14). Budi pekerti yang luhur, disiplin diri dan  
didikan yang menjadi tradisi dikalangan Ba 'Alawi adalah faktor utama  
meyebabkan mereka dihormati dan disanjungi, sementara ciri peribadi  
istimewa sebilangan mereka membolehkan mereka diterima sebagai pemimpin 
 masyarakat tempatan. Ada pula dikalangan mereka yang berkahwin dengan  
ahli keluarga diraja, dan pada akhimya mereka diangkat menjadi raja,  
contohnya, Syahab di Siak dan Jamalulail di Perlis. Beberapa kesultanan 
 juga diasaskan oleh tokoh- tokoh Ba 'Alawi. Sebagai contoh, Al-'Aidarus
  menubuhkan kerajaan di Surat (India), dan di Kubu (Kalimantan), 
Al-Qadri  dan Bin Syaikh Abu Bakar di Kepulauan Comoros, A1Qadri di 
Pontianak  (Kalimantan) dan Balfagih di Filipina.
Fasa Ke-Empat
Zaman
  yang dikenali dengan Fasa ke-empat ini ialah di antara abad ke-14  
Hijrah hinggalah dewasa ini. Perubahan yang bermula dipenghujung Fasa  
ketiga menjadi semakin ketara di zaman ini. Dalam beberapa aspek hidup, 
 golongan Ba 'Alawi telah menempuh keruntuhan dari segi pegangan moral  
dan etika yang diasaskan oleh pelopor-pelopor di Hadhramaut dahulu.  
Zaman ini bertepatan dengan kemunduran Dunia Islam keseluruhannya,  
akibat dilanda budaya Barat. Golongan muda Ba 'Alawi, terutama mereka  
yang bennastautin di tanah jajahan Inggeris dan Belanda mula  
meninggalkan pendidikan tradisional berasaskan Al-Qur'an dan Sunnah, dan
  memilih pendidikan Barat. Walaupun masih terdapat tokoh-tokoh Ulama Ba
  'Alawi dikalangan mereka, namun bilangan mereka adalah terlalu sedikit
  berbanding dengan masyarakat Ba 'Alawi amnya. Keadaan sedemikian telah
  menghakiskan status Ba' Alawi keseluruhannya.
Ba 'Alawi Masa Kini
Keturunan
  Alawi bin Ubaidullah bin Ahmad bin Isa Al-Muhajir pada masa kini  
membiak dengan banyaknya. Mereka bemastautin di sebahagian besar pelusuk
  dunia. Mereka ialah keturunan kelompok-kelompok Ba 'Alawi yang keluar 
 dari Hadhramaut. Mereka dikenali dengan berbagai gelaran seperti Syed  
atau Saiyid, seperti di Indonesia dan di Malaysia. Mereka juga dikenali 
 dengan nama Habeeb seperti di India, Sidi, Syarif, Tuanku, Engku, Wan  
dan beberapa panggilan lagi. Namun begitu disebabkan beberapa faktor  
ramai pula keturunan Ba 'Alawi yang telah kehilangan identiti mereka.  
Kebanyakkan dari golongan ini menganggap mereka sebagai orang tempatan  
dengan mengamalkan budaya tempatan dan melupakan budaya datuk nenek  
mereka. Ramai pula keturunan Ba 'Alawi yang berakar umbi di  
tempat-tempat yang mereka tinggal kini, sejak datuk nenek mereka  
berhijrah seawal-awal abad ke-15 Masehi dahulu. Mereka tidak lagi  
mengenali asal-usul mereka, dan perhubungan mereka dengan negeri Ibunda 
 telah begitu lama terputus.
Walaupun ramai ahli 
keluarga Ba  'Alawi yang telah hilang identiti, namun ramai pula yang 
masih berpegang  teguh dengan asal-usul mereka dan mengambil berat 
tentang silsilah  keluarga. Mereka juga masih menjalin hubungan dengan 
saudara mara di  Hadramaut. Golongan ini terdiri daripada anak cucu 
mereka yang keluar  merantau dalam abad ke-18 dan ke-19. Ramai daripada 
mereka terutama anak  cucu Ba 'Alawi yang berhijrah terkemudian dan 
tinggal di  kawasan-kawasan berhampiran pelabuhan. Mereka masih 
berpegang teguh  dengan beberapa tradisi Ba 'Alawi, dan ada yang masih 
fasih berbahasa  Arab. Oleh itu, sayogianya kita bertemu dengan kelompok
 keturunan Ba  'Alawi yang masih berpegang dengan tradisi dan amalan 
datuk nenek  mereka, maka kita akan bersua dengan amalan seperti membaca
 Maulid  Diba'ii, Ratib Haddad, Ratib Al 'Attas dan lain-lain lagi. 
Sepekara yang  menggembira dan menggalakkan ialah bahawa mereka daripada
 golongan ini  giat menghidupkan kembali dan mengembang tradisi ini di 
kalangan  keturunan Ba 'Alawi yang sudah jauh terpisah daripada kelompok
 asal. Ini  dilakukan dengan menarik dan menggalakkan mereka menghadiri 
majlis  Ta'lim atau Rohah, sekaligus mengukuhkan silaturrahim diantara 
mereka.  Namun begitu masih ramai lagi daripada keturunan Ba 'Alawi yang
 hanyut  di bawa arus kemodenan dan kejahilan, dan belum lagi terdedah 
kepada  amalan murni Ba 'Alawi. Mereka ini amat perlu mendapat 
perhatian.
Seorang  ulama besar yang wafat di 
Jakarta, iaitu Habib Muhammad bin Abdurrahman  Bin Syahab, pemah 
melahirkan harapan agar generasi-generasi yang datang  kemudian dari 
keturunan 'Alawi akan memegang teguh kepada agama Islam,  mejaga pusaka 
nenek-moyang, dan jangan sampai tenggelam kedalam  peradaban Barat (15).
 Marilah kita sama-sama berdo'a agar Allah s.w.t  memberi taufik dan 
hidayah semoga mereka yang terpisah ini akan jua  balik ke pangkal jalan
 mengenali diri dan asa1 usul mereka, serta  menghargai warisan mereka 
yang sebenarnya. Sesuai dengan hadith (16)  Rasulullah s.a.w mengenai 
pentingnya mempelajari tentang nasab, kita  menaruh harapan yang mereka 
juga akan mengambil berat tentang nasab  masing-masing.
PENERANGAN 01
1.
 Ahmad bin Isa  bin Muharnmad An-Naqib bin Ali 'Uraidhi bin Jaafar 
As-Sadiq bin Muhammad  Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Hussain bin 
Ali dan Saiyidatina  Fatimah Azzaharah binti Saiyidina Muhammad saw.
Kembali ke pembacaan
PENERANGAN 02
2. Ba ' Alawi juga dikenali dengan nama Bani Alawi.
Kembali ke pembacaan
PENERANGAN 03
3.
  Al-Husaisah terletak diantara Saiwon dan Tarim tetapi dewasa ini 
tempat  tersebut telah tertimbus dibawah timbunan padang pasir.
Kembali ke pembacaan
PENERANGAN 04
4.
  Ibhadiah adalah pecahan daripada golongan kaum Khawarij di bawah  
pimpinan Abdullah bin Ibhad. Kumpulan ini telah beberapakali memberontak
  menentang Khalifah Umayyah. Pemberontakan yang terkenal ialah  
pemberontakan yang diketuai oleh Abdullah bin Yahaya pada tahun 129  
Hijrah. Kaum Ibhadiah seterusnya meluaskan pengaruh mereka ke Oman,  
Yaman dan Hadhramaut.
Kembali ke pembacaan
PENERANGAN 05
5.
  Panggilan Salaf, pada umumnya, adalah ditujukan kepada mereka yang  
hidup di dalam abad pertama hingga ke-3 Hijrah, atau lebih tepat lagi  
ditujukan kepada para sahabat Nabi saw., Tabi'in dan Tabi'it-tabiin.  
Walau bagaimana pun para ulama Hadhralmaut menggunakan panggilan Salaf  
ke atas ulama-ulama terawal mereka yang soleh.
Kembali ke pembacaan
PENERANGAN 06
6. Sirah As-Salaf Min Bani 'Alawiy Al-Husainiyin, dicetak oleh Alam Ma'rifah, Jeddah 1405 Hijrah.
Kembali ke pembacaan
PENERANGAN 07
7.
  Al-Faqih Muqaddam Muhammad bin Ali ialah personaliti Sadah yang  
menumpukan khusus kepada ilmu Tasauf di dalam abad ke-13 Masehi.  
Beliaulah yang bertanggung- jawab mewajibkan golongan Sadah meninggalkan
  senjata dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada agama dan akhlak. 
Setelah  itu ciri utama yang mempengaruhi pemikiran dan cara hidup 
golongan  Sadah ini ialah Ilmu Tasawuf. Penulis-penulis dari golongan 
Sadah banyak  menumpukan karya mereka dalam bentuk puisi. sama ada 
berbentuk agama  mahupun sekular, dan juga kepada sejarah keturunan 
(silsilah) - Wadi  Hadhramaut and The Walled City of Shibam, karya 
Ronald Lewcock, dan  dipetik daripada cetakan UNESCO 1986.
Kembali ke pembacaan
PENERANGAN 08
8.
  Dalam jangka masa inilah Ba 'Alawi menerima Mazhab Syafi'ie sebagai  
anutan dan merekalah yang seterusnya bertanggung-jawab menyebarkan  
ajaran Imam Syafi'ie ke negeri-negeri di pesisiran pantai Lautan Hindi. 
 -ibid.
Kembali ke pembacaan
PENERANGAN 09
9.
  Abdurrahman As-Saqqaf bin Muhammad Mawla Dawilah, yang lebih dikenali 
 dengan gelaran As-Saqqaf (bermakna atap) oleh kerana keilmuan agama  
beliau begitu mendalam sehingga apabila dibandingkan dengan tokoh-tokoh 
 yang lain, 'alimnya umpama atap dengan lantai. As-Saqqaf adalah seorang
  hartawan akan tetapi kekayaan beliau tidak menghalang dirinya menjadi 
 seorang yang wara'. Beliau membelanjakan sebahagian besar hartanya 
untuk  tujuan agama. Beliau membina 10 buah masjid dan telah 
memperuntukkan  waqaf bagi membiayai perjalanan masjid tesebut.
Kembali ke pembacaan
PENERANGAN 10
10.
  Umar Al-Mahdar bin Abdurrahman As-Saqqaf, ialah seorang ulama yang  
terkenal dengan sifat dermawan beliau. Rumah beliau sentiasa dipenuhi  
dengan tetamu-tetamu yang berkunjung untuk bertanya mengenai hal agama  
ataupun hal duniawi. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang  
menanggung sara hidup beberapa keluarga yang susah. Beliau membina tiga 
 buah masjid.
Kembali ke pembacaan
PENERANGAN 11
11.
  Abdullah bin Abi Bakar As-Sakran bin Abdurrahman As-Saqqaf masyhur  
dengan gelaran Al-'Aidarus. Beliau baru menjangkau usia 10 tahun apabila
  ayah beliau meninggal dunia. Oleh itu beliau dipelihara oleh paman  
beliau iaituAl-Mahdar yang sekali gus menjadi guru beliau. Abdullah  
dididik oleh paman beliau didalam ilinu Syariat, Tasawuf dan Bahasa  
Arab. Semasa wafatnya Al-Mahdar Al-'Aidarus baru berusia 25 tahun.  
Jemaah Ba' Alawi sebulat suara bersetuju untuk melantik Imam Muhammad  
bin Hassan Jamalullail sebagai naqib baru menggantikan Al-Mahdar , akan 
 tetapi Imam Muhammad Jamalullail menolak. Sebaliknya Imam Muhammad  
meminta Al' Aidarus dilantik sebagai naqib. Abdullah Al-'Aidarus adalah 
 seorang ulama' berkaliber tinggi. Beliau bertanggungjawab menyebar luas
  ilmu dan dakwah, tekun mengisi waktu beliau dengan ibadah. Beliau juga
  menyalurkan hartanya untuk kepentingan umum. Di dalam buku Almasyra'  
Arrawiyfi Manaqib Assadah Al-kiram Bani Alawiy,beliau disebutkan bahawa,
  " dalam kedermawanannya bagaikan seorang amir, namun dalam da1am  
tawaddu' bagaikan seorang fakir ". Beliau sangat senang menampakkan  
nikmat Allah ke atas dirinya dengan mengenakan pakaian indah, kenderaan 
 rang megah dan rumah kediaman yang mewah.
Kembali ke pembacaan
PENERANGAN 12
12.
  Ali Zain Al-Abidin bin Abdullah bin Syeikh Al-'Aidarus adalah seorang 
 Imam yang terkenal dalam berbagai ilmu. Guru utamanya ialah ayahnya  
sendiri. Beliau bertindak sebagai murid dan pelayan ayahnya, dan tidak  
pernah berpisah dengan ayahnya selama ayahnya rnasih hidup. Setelah  
ayahnya wafat, Zain Al-Abidin menggantikan ayahnya sebagai naqjb. Beljau
  mencurahkan sepenuh tenaga dan pemikiran untuk kepentingan umum dan Ba
  'Alawi khususnya. Beliau dihormati oleh Sultan-sultan di Yaman, dan  
dalam menjalankan urusan pentadbiran, mereka merujuk kepada beliau  
sebelum membuat apa-apa keputusan. Ini menyebabkan Zain Al-Abidin  
mempunyai ramai musuh. Akan tetapi kebijaksanaan beliau dalam  
mengendalikan musuh-musuh tersebut dapat menawan hatI mereka, yang pada 
 akhirnya musuh bertukar menjadi sahabat. Selain daripada mempunyai  
pengetahuan dan kewibawaan yang tinggi di dalam ilmu Syari'at, Tasawuf  
dan Bahasa Arab, beliau juga mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang  
mendalam dalam bidang pertanian yang diajarkan kepada ramai. Diakhir  
hayatnya, beliau juga terkenal sebagai seorang tabib yang berwibawa.
Kembali ke pembacaan
PENERANGAN 13
13.
  Dalam tahun 1930-an adalah dianggarkan bahawa sekurang-kurangnya 
13,000  orang daripada keturunan Ba 'Alawi berada di Hyderabad, India. 
Ramai di  antara mereka menjadi anggota dan pegawai tentera Nizam 
Hyderabad  (Nizam's Arabian Regiment). Sumber dipetik daripada buku 
"Hadramaut  -Some of Its Mysteries Unveiled oleh D. Van Der Meulen dan 
H. Von  Wissmann.
Kembali ke pembacaan
PENERANGAN 14
14.
  Muhanunad bin Ahmad As-Syathiri, didalam buku beliau, Sirah As-Salaf  
Min Bani Alawiy AI- Hussainiyin, untuk membuktikan perkara ini, telah  
meriwayatkan bahawa Sultan Badr bin Thuwairiq pernah menzahirkan hasrat 
 baginda untuk turun daripada takhta dan menyerahkan kuasa dan  
pemerintahan kepada Al-lmam Hussain bin Syaikh Abu Bakar bin Salim  
(wafat lO44H/1635M). Akan tetapi Imam Hussain secara bijaksana menolak  
dan meyakinkan baginda supaya terus memerintah, serta berjanji memberi  
segala bantuan dan nasihat kepada baginda.
Kembali ke pembacaan
PENERANGAN 15
15. Lihat Soal Jawab Agama Islam oleh Prof Dr. Hamka. penerbitan Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur. 1978. m.s 58
Kembali ke pembacaan
PENERANGAN 16
16.
  Dari Abu Hurairah r.a .katanya bersabda Rasulullah s.a.w : 
"Pelajarilah  olehmu tentang nasab-nasab kamu agar dapat terjalin 
dengannya tali  persaudaraan kamu. Sesungguhnya menjalin tali 
persaudaraan itu akan  membawa kecintaan terhadap keluarga, menambah 
harta, dan memanjangkan  umur". Diriwayatkan oleh Ahmad dalam musnadnya.
 Tarmizi dan Al-Hakim.
Marga-Marga Arab di Indonesia
(diambil dan diringkas dari berbagai sumber)
Dalam
  dunia islam, baik dari sunni mapun syiah, di arab maupun di luar arab,
  bertarikat ataupun tidak, dikenal dengan adanya golongan-golongan yang
  mengaku sebagai ahlul bayt, atau sebagai keturunan nabi. Dengan 
berbagai  silsilah yang dinyatakan sebagai yang paling valid atau benar,
 mereka  banyak yang diagung-agungkan oleh ummat. Dalam sejarah Hejaz, 
keturunan  nabi ini hingga abad ke-20 memegang peranan penting dalam 
pemerintahan  arab bahkan setelah keruntuhan Turki. Semenjak masa-masa 
sebelumnya  mereka ini mendapat tempat khusus dimata penduduk Hejaz. 
Mereka dibaiat  menjadi penguasa dan imam serta pelindung tanah suci,
Dalam
  tatanan Hejaz, mereka diberikan sebutan Syarif untuk laki-laki dan  
Syarifah untuk perempuan. Sedangkan diluar Hejaz, dari beberapa golongan
  ada yang memberikan title Sayyid dan Sayyidah, atau juga dengan 
sebutan  Habaib, dan lain sebagainya untuk memberikan satu tanda bahwa 
mereka  yang diberikan titlr ini dianggap masih memiliki kaitan darah 
dengan  nabi Muhammad saw.
Rabithah Alawiyah :: 
dalam artikel  onlinenya, menyatakan bahwa menurut Sayyid Muhammad Ahmad
 al-Syatri  dalam bukunya Sirah al-Salaf Min Bani Alawi al-Husainiyyin, 
para salaf  kaum ‘Alawi di Hadramaut dibagi menjadi empat tahap yang 
masing-masing  tahap mempunyai gelar tersendiri. Gelar yang diberikan 
oleh masyarakat  Hadramaut kepada tokoh-tokoh besar Alawiyin ialah :
IMAM
  (dari abad III H sampai abad VII H). Tahap ini ditandai perjuangan 
keras  Ahmad al-Muhajir dan keluarganya untuk menghadapi kaum khariji.  
Menjelang akhir abad 12 keturunan Ahmad al-Muhajir tinggal beberapa  
orang saja. Pada tahap ini tokoh-tokohnya adalah Imam Ahmad al-Muhajir, 
 Imam Ubaidillah, Imam Alwi bin Ubaidillah, Bashri, Jadid, Imam Salim 
bin  Bashri.
SYAIKH (dari abad VII H sampai abad 
XI H). Tahapan  ini dimulai dengan munculnya Muhammad al-Faqih 
al-Muqaddam yang ditandai  dengan berkembangnya tasawuf, bidang 
perekonomian dan mulai  berkembangnya jumlah keturunan al-Muhajir. Pada 
masa ini terdapat  beberapa tokoh besar seperti Muhammad al-Faqih 
al-Muqaddam sendiri. Ia  lahir, dibesarkan dan wafat di Tarim.
HABIB
 (dari  pertengahan abad XI sampai abad XIV). Tahap ini ditandai dengan 
mulai  membanjirnya hijrah kaum ‘Alawi keluar Hadramaut. Dan di antara 
mereka  ada yang mendirikan kerajaan atau kesultanan yang peninggalannya
 masih  dapat disaksikan hingga kini, di antaranya kerajaan Alaydrus di 
Surrat  (India), kesultanan al-Qadri di kepulauan Komoro dan Pontianak, 
 al-Syahab di Siak dan Bafaqih di Filipina. Tokoh utama ‘Alawi masa ini 
 adalah Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad yang mempunyai daya pikir, 
daya  ingat dan kemampuan menghafalnya yang luar biasa, juga terdapat 
Habib  Abdurahman bin Abdullah Bilfaqih, Habib Muhsin bin Alwi 
al-Saqqaf, Habib  Husain bin syaikh Abu Bakar bin Salim, Habib Hasan bin
 Soleh al-Bahar,  Habib Ahmad bin Zein al-Habsyi.
SAYYID
 (mulai dari awal abad  XIV ). Tahap ini ditandai kemunduran 
kecermelangan kaum ‘Alawi. Di  antara para tokoh tahap ini ialah Imam 
Ali bin Muhammad al-Habsyi, Imam  Ahmad bin Hasan al-Attas, Allamah Abu 
Bakar bin Abdurahman Syahab, Habib  Muhammad bin Thahir al-Haddad, Habib
 Husain bin Hamid al-Muhdhar.  Sejarawan Hadramaut Muhammad Bamuthrif 
mengatakan bahwa Alawiyin atau  qabilah Ba’alawi dianggap qabilah yang 
terbesar jumlahnya di Hadramaut  dan yang paling banyak hijrah ke Asia 
dan Afrika. Qabilah Alawiyin di  Hadramaut dianggap orang Yaman karena 
mereka tidak berkumpul kecuali di  Yaman dan sebelumnya tidak terkenal 
di luar Yaman.
Jauh  sebelum itu, yaitu pada 
abad-abad pertama hijriah julukan Alawi  digunakan oleh setiap orang 
yang bernasab kepada Imam Ali bin Abi  Thalib, baik nasab atau keturunan
 dalam arti yang sesungguhnya maupun  dalam arti persahabatan akrab. 
Kemudian sebutan itu (Alawi) hanya khusus  berlaku bagi anak cucu 
keturunan Imam al-Hasan dan Imam al-Husein.  Dalam perjalanan waktu 
berabad-abad akhirnya sebutan Alawi hanya berlaku  bagi anak cucu 
keturunan Imam Alwi bin Ubaidillah. Alwi adalah anak  pertama dari 
cucu-cucu Imam Ahmad bin Isa yang lahir di Hadramaut.  Keturunan Ahmad 
bin Isa yang menetap di Hadramaut ini dinamakan Alawiyin  diambil dari 
nama cucu beliau Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad bin Isa  yang dimakamkan 
di kota Sumul.
Kaum Arab, terutama yang  beragama 
islam telah sejak berabad lamanya melakukan perniagaan dengan  berbagai 
negara didunia, yang selanjutnya menciptakan jalur-jalur  perdagangan 
dan komunitas-komunitas Arab baru diberbagai negara. Dalam  berbagai 
sejarah dinyatakan bahwa kaum Arab yang datang ke Indonesia  merupakan 
koloni Arab dari daerah sekitar Yaman dan Persia. Namun, yang  
dinyatakan berperan paling penting dan ini diperlihatkan dengan jenis  
madhab yang ada di Indonesia, dimungkinkan adalah dari Hadramaut. Dan  
orang-orang Hadramaut ini diperkirakan telah sampai ke Indonesia  
semenjak abad pertengahan (abad ke-13) sesudah adanya huru-hara di  
Baghdad.
Secara umum, tujuan awal kedatangan 
mereka adalah  untuk berdagang sekaligus berdakwah, dan kemudian 
berangsur-angsur mulai  menetap dan berkeluarga dengan masyarakat 
setempat. Dari mereka inilah  kemudian muncul banyak tokoh dakwah yang 
termaktub dalam team Walisongo  dan banyak tokoh dakwah islam hingga 
masa sekarang. Walaupun masih ada  pendapat lain seperti menyebut dari 
Samarkand (Asia Tengah), Champa atau  tempat lainnya, tampaknya itu 
semua adalah jalur penyebaran para  Mubaligh dari Hadramaut yang 
sebagian besarnya adalah kaum Sayyid  (Syarif). Beberapa buktinya (no 1 
dan 2) adalah sebagian dari yang telah  dikumpulkan oleh penulis 
Muhammad Al Baqir dalam Thariqah Menuju  Kebahagiaan:
L.W.C
 Van Den Berg dalam bukunya Le  Hadramawt et Les Colonies Arabes dans 
l’Archipel Indien (1886)  mengatakan:”Adapun hasil nyata dalam penyiaran
 agama Islam (ke  Indonesia) adalah dari orang-orang Sayyid Syarif. 
Dengan perantaraan  mereka agama Islam tersiar diantara raja-raja Hindu 
di Jawa dan lainnya.  Selain dari mereka ini, walaupun ada juga 
suku-suku lain Hadramaut  (yang bukan golongan Sayyid Syarif), tetapi 
mereka ini tidak  meninggalkan pengaruh sebesar itu. Hal ini disebabkan 
mereka (yakni kaum  Sayyid Syarif Hadramaut) adalah keturunan dari tokoh
 pembawa Islam  (Nabi Muhammad SAW).”
Dalam buku yang sama
 hal 192-204, Van Den  Berg menulis:”Pada abad XV, di Jawa sudah 
terdapat penduduk bangsa Arab  atau keturunannya, yaitu sesudah masa 
kerajaan Majapahit yang kuat itu.  Orang-orang Arab bercampul-gaul 
dengan penduduk, dan sebagian mereka  mempuyai jabatan-jabatan tinggi. 
Mereka terikat dengan pergaulan dan  kekeluargaan tingkat atasan. 
Rupanya pembesar-pembesar Hindu di  kepulauan Hindia telah terpengaruh 
oleh sifat-sifat keahlian Arab, oleh  karena sebagian besar mereka 
berketurunan pendiri Islam (Nabi Muhammad  SAW). Orang-orang Arab 
Hadramaut membawa kepada orang-orang Hindu  pikiran baru yang diteruskan
 oleh peranakan-peranakan Arab mengikuti  jejak nenek moyangnya." 
Perhatikanlah tulisan Van Den Berg ini yang  spesifik menyebut abad XV, 
yang merupakan abad spesifik kedatangan dan /  atau kelahiran sebagian 
besar Wali Songo di pulau Jawa. Abad XV ini  jauh lebih awal dari abad 
XVIII yang merupakan kedatangan kaum Hadramaut  gelombang berikutnya 
yaitu mereka yang sekarang kita kenal bermarga  Assegaf, Al Habsyi, Al 
Hadad, Alaydrus, Alatas, Al Jufri, Syihab, Syahab  dan banyak marga 
hadramaut lainnya.
Hingga saat ini Umat Islam  di 
Hadramaut bermadzhab Syafi’ie sama seperti mayoritas di Ceylon,  pesisir
 India Barat (Gujarat dan Malabar), Malaysia dan Indonesia.  Sedangkan 
Uzbekistan dan seluruh Asia Tengah, kemudian Pakistan dan  India 
pedalaman (non-pesisir) mayoritasnya bermadzhab Hanafi.
Bahasa
  para pedagang Muslim yang datang ke Asia Tenggara (utamanya Malaka dan
  Nusantara) dinamakan bahasa Malaya (Melayu) karena para pedagang dan  
Mubaligh yang datang di abad 14-15 sebagian besar datang dari pesisir  
India Barat yaitu Gujarat dan Malabar, yang mana orang-orang Malabar  
(sekarang termasuk neg. bagian Kerala) mempunyai bahasa Malayalam,  
walaupun asal-usul mereka adalah keturunan dari Hadramaut mengingat  
kesamaan madzhab Syafi’ie yang sangat spesifik dengan pengamalan tasawuf
  dan penghormatan kepada Ahlul Bait. Satu kitab fiqh mazhab Syafi’ie  
yang sangat popular di Indonesia Fathul Muin pengarangnya bahkan  
Zainuddin Al Malabary (berasal dari tanah Malabar), satu kitab fiqh yang
  sangat unik karena juga memasukkan pendapat kaum Sufi, bukan hanya  
pendapat kaum Fuqaha.
Satu bukti yang sangat akurat adalah
  kesamaan Madzhab Syafi'ie dengan corak tasawuf dan pengutamaan Ahlul  
Bait yang sangat kental seperti kewajiban mengadakan Mawlid, membaca  
Diba & Barzanji, membaca beragam Sholawat Nabi, membaca doa Nur  
Nubuwwah (yang juga berisi doa keutamaan tentang cucu Rasul, Hasan dan  
Husayn) dan banyak amalan lainnya hanya terdapat di Hadramaut, Mesir,  
Gujarat, Malabar, Ceylon, Sulu & Mindanao, Malaysia dan Indonesia.  
Pengecualian mungkin hanya terhadap kaum Kurdistan di segitiga  
perbatasan Iraq, Turki dan Iran, yang mana mereka juga bermadzhab  
Syafi’ie dengan corak Tasawuf yang sangat kuat dan mengutamakan ahlul  
bait (Kitab Mawlid Barzanji dan Manaqib Syekh Abdul Qadir Jilani adalah 
 karya Ulama mereka Syekh Ja’far Barzanji) tapi tinggal di daerah  
pedalaman dan pegunungan, bukan pesisir seperti lainnya. Analisis  
sejarah diatas menandakan agama Islam dari madzhab dan corak ini  
sebagian besarnya disebarkan melalui jalur pelayaran dan perdagangan dan
  berasal dari satu sumber yaitu Hadramawt, karena Hadramaut adalah  
sumber pertama dalam sejarah Islam yang menggabungkan fiqh Syafi'ie  
dengan pengamalan tasawuf dan pengutamaan ahlul bait.
Di abad 15  
Raja-raja Jawa (yang berkerabat dengan Walisongo) seperti Raden Patah  
dan Pati Unus sama-sama menggunakan gelar Alam Akbar, yang mana di abad 
 14 di Gujarat sudah dikenal keluarga besar Jamaluddin Akbar cucu  
keluarga besar Datuk Azhimat Khan (Abdullah Khan) putra Abdul Malik  
putra Alwi putra Muhammad Shahib Mirbath Ulama besar Hadramawt Abad 13M.
  Keluarga besar ini sudah sangat terkenal sebagai Mubaligh Musafir yang
  berdakwah jauh hingga pelosok Asia Tenggara dan mempunyai putra-putra 
 dan cucu-cucu yang banyak menggunakan nama Akbar, seperti Zainal Akbar,
  Ibrahim Akbar, Ali Akbar, Nuralam Akbar dan banyak lainnya.
Keturunan
  Arab Hadramaut di Indonesia, seperti negara asalnya Yaman, terdiri 2  
kelompok besar yaitu kelompok Alawi (Sayyidi) keturunan Rasul SAW  
(terutama melalui jalur Husayn bin Ali) dan Qabili yaitu kelompok diluar
  kaum Sayyid.
Nama-nama marga/keluarga keturunan 
Arab  Hadramaut dan Arab lainnya yang terdapat di Indonesia, yang paling
  banyak diantaranya adalah:
Abud (Qabil) - 
AbdulAzis  (Qabil) - Addibani (Qabil) - Afiff - Alatas (Sayyid) - 
Alaydrus (Sayyid)  - Albar (Sayyid) - Algadrie (Sayyid) - Alhabsyi 
(Sayyid) - AlHamid -  AlHadar - AlHadad (Sayyid) - AlJufri (Sayyid) - 
Alkatiri (Qabil) -  Assegaff (Sayyid) - Attamimi -AlMuhazir
Ba'asyir
 (Qabil) - Baaqil  (Sayyid) - Bachrak (Qabil) - Badjubier (Qabil) - 
Bafadhal - Bahasuan  (Qabil) - Baraja (Syekh) - Basyaib (Qabil) - 
Basyeiban (Sayyid) -  Baswedan (Qabil) - Baridwan - Bawazier (Sayyid) - 
BinSechbubakar  (Sayyid)
Haneman (Sayyid)
Jamalullail (Sayyid)
Kawileh (Qabil)
Maula Dawileh (Sayyid) - Maula Heleh/Maula Helah (Sayyid)
Nahdi (Qabil)
Shahab (Sayyid) - Shihab (Sayyid) - Sungkar (Qabil)
Thalib
Bahafdullah (Qabil)
Nama-nama marga/keluarga keturunan Arab Hadramaut dan Arab lainnya yang terdapat di Indonesia: Massyaeh,dan baalawi
1 Al Baar
21 Al Aidid
41 Bin Hud
2 Al Jufri
22 Al Fad’aq
42 Ba’dokh
3 Al Jamalullail
23 Al Ba Faraj
43 Alhasni
4 Al Junaid
24 Ba Faqih
44 Barakwan
5 Al Bin Jindan
25 Al Bal Faqih
45 Al Mahdali
6 Al Jailani
26 Al Qadri
46 Al Hinduan
7 Al Hamid
27 Al- Kaff
47 Al Baiti
8 Al Hadad
28 Al- Muhdhar
48 Bin Syuaib
9 Al Kherid
29 Al Musawa
49 Basyaiban
10 Al Maula Khailah
30 Al Mutahhar
50 Al Ahdal
11 AlMaulaDawilah
31 Al Munawwar
51 Bin Taba'i-Taba'i
12 Al Ba Raqbah
32 Al Hadi
52 Al-Sery
13 Al Assegaf
33 Al Ba Harun
14 Al Bin Semit
34 Al Hasyim
15 Al Bin Sahal
35 Al Haddar
16 Al Syihabuddin
36 Al Bin Yahya
17 Al As- Safi
37 Bin Syekh Abubakar
18 Al Ba Abud
38 Bin Thahir
19 Al Ba Aqil
39 Bin Shihab
20 Al Idrus
40 Bin Hafidz
1 Abbad
41 Assa’di
81 Bakarman
121 Ba Sya’ib
161 Bin Hilabi
201 Bin Syirman
2 Abudan
42 Asy Syarfi
82 Baktir
122 Basyarahil
162 Bin Humam
202 Bin Tahar
3 Aglag
43 Attamimi
83 Baladraf
123 Batarfi
163 Bin Huwel
203 Bin Ta’lab
4 Al Abd Baqi
44 Attuwi
84 Bal Afif
124 Ba Tebah
164 Bin Ibadi
204 Bin Tebe
5 Al Ali Al Hajj
45 Azzagladi
85 Balahjam
125 Bathog
165 Bin Isa
205 Bin Tsabit
6 Al Amri
46 Ba Abdullah
86 Balasga
126 Ba’Tuk
166 Bin Jaidi
206 Bin Ulus
7 Al Amudi
47 Ba’asyir
87 Balaswad
127 Ba Syaiban
167 Bin Jobah
207 Bin Usman
8 Al As
48 Ba Attiiyah
88 Balfas
128 Baweel
168 Bin Juber
208 Bin Wizer
9 Al Bagdadi
49 Ba Awath
89 Baljun
129 Bayahya
169 Bin Kartam
209 Bin Zaidi
10 Al Bakri
50 Ba Atwa
90 Balweel
130 Bayasut
170 Bin Kartim
210 Bin Zaidan
11 Al Barak
51 Babadan
91 Bamakundu
131 Bazandokh
171 Bin Keleb
211 Bin Zimah
12 Al Barhim
52 Babten
92 Bamasri
132 Bazargan
172 Bin Khalifa
212 Bin Zoo
13 Al Batati
53 Badegel
93 Bamatraf
133 Ba Zouw
173 Bin Khamis
213 Bajrei
14 Al Bawahab
54 Ba Dekuk
94 Bamatrus
134 Bazeid
174 Bin Kuwer
214 Bukra
15 Al Bargi
55 Ba’ Dib
95 Bamazro
135 Bin Abdat
175 Bin Mahri
215 Gahedan
16 Al Bukkar
56 Bafadal
96 Bamu’min
136 Bin Abd Aziz
176 Bin Makki
216 Haidrah
17 Al Falugah
57 Bafana
97 Bana'mah
137 BinAbdsamad
177 Bin Maretan
217 Hamde
18 Al Gadri
58 Bagarib
98 Banafe
138 Bin Abri
178 Bin Marta
218 Harhara
19 Al Hadi
59 Bagaramah
99 Banser
139 Bin Addar
179 Bin Mattasy
219 Hubeisy
20 Al Halagi
60 Bagges
100 Baraba
140 Bin Afif
180 Bin Makhfudz
220 Jawas
21 Al Hilabi
61 Bagoats
101 Baraja
141 Bin Ajaz
181 Bin Mazham
221 Jibran
22 Al Jabri
62 Badjuber
102 Barasy
142 Bin Amri
182 Bin Muhammad
222 Karamah
23 Al Kalali
63 Bahalwan
103 Barawas
143 Bin Amrun
183 Bin Munif
223 Kurbi
24 Al Kalilah
64 Baharmus
104 Bareyek
144 Bin Anus
184 Bin Mutahar
224 Magadh
25 Al Katiri
65 Bahanan
105 Baridwan
145 Bin Bisir
185 Bin Mutliq
225 Makarim
26 Al Khamis
66 Bahrok
106 Baruk
146 Bin Bugri
186 Bin Nahdi
226 Marfadi
27 Al Khatib
67 Bajruk
107 Basalamah
147 Bin Dawil
187 Bin Nahed
227 Mashabi
28 Al Matrif
68 Baksir
108 Basalmah
148 Bin Diab
188 Bin Nub
228 Mugezeh
29 AlMathori
69 Baktal
109 Basalim
149 Bin Faris
189 Bin On
229 Munabari
30 AlMukarom
70 Banaemun
110 Ba Sendit
150 Bin Gannas
190 Bin Qarmus
230 Nabhan
31 Al Qaiti
71 Baharthah
111 Basgefan
151 Bin Gasir
191 Bin Said
231 Sallum
32 Al Qannas
72 Bahfen
112 Bashay
152 Bin Ghanim
192 Bin Sadi
232 Shahabi
33 Al Rubaki
73 Bahmid
113 Ba’sin
153 Bin Ghozi
193 Bin Sanad
233 Shobun
34 Al Waini
74 Bahroh
114 Ba Siul
154 Bin Gozan
194 Bin Seger
234 Syawik
35 Al Yamani
75 Bahsen
115 Basmeleh
155 Bin Guddeh
195 Bin Seif
235 Ugbah
36 Ambadar
76 Bahweres
116 Basofi
156 Bin Guriyyib
196 Bin Sungkar
236 Ummayyer
37 Arfan
77 Baisa
117 Basumbul
157 Bin Hadzir
197 Bin Syahbal
237 Za’bal
38 Argubi
78 Bajabir
118 Baswedan
158 Bin Halabi
198 Bin Syaiban
238 Zarhum
39 Assaili
79 Bajened
119 Baswel
159 Bin Hamid
199 Bin Syamil
239 Zubaidi
40 Askar
80 Bajerei
120 Baswer
160 Bin Hana
200 Bin Syamlan
Bin Ma’tuf Bin Suit Bin Duwais amhar syamlan faluga Bin muhammad gasir bin dahdah syeban
Inilah
  kiranya ringkasan sejarah penyebaran kaum arab di dunia, terutama di  
Indonesia. Termasuk juga klasifikasi bebeapa gelar dari keturunan nabi  
yang dipakai oleh beberapa golongan, serta data beberapa ratus marga  
arab yang ada di Indonesia.
Apabila ada kesalahan 
dan  kekurangan, dimohon adanya koreksi dan informasi masukan tambahan 
dari  para pembaca, sehingga wacana ini semakin valid dan komplit. 
Silahkan  dianalisis secara objektif dan mendalam, semoga berguna. Amin.
  Terimakasih.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar